PAKCIK MAKCIK COMEL

Khamis, 28 Oktober 2010

AKU KEMBALI WARAS. (hidup lagi rupanya)

assalammualaikum. bila terbitnya entry ni, maknanya, aku masih hidup.
yea.. aku masih hidup dan sangat bersyukur dengan kehidupan yang DIA beri.. itu maknanya, aku tak
xcident dlm perjalanan balik dari sekolah. sebenarnya, tak pergi sekolah pun hari ini.. hehe..

bila aku baca semula entry semalam, aku sedar aku dah tersimpang jauh.
sangat jauh sampai aku tersesat. aku tak sepatutnya mendoakan kematian diri sendiri,
sedangkan pahala aku hanya setitik air dari lautan dunia. aku menyesal. sepatutnya aku
tahu yang kemarahan itu tanda seseorang sayang kita dan taknak kita buat kesilapan yang sama.
aku khilaf.. nasib baik aku teringat pasal entry aku yang bertajuk "berinteraksi dengan diri menjana pemikiran positif." haha~ aku berinteraksi dengan diri, dan mendapat jawapan yang terbaik.

tapi, aku tak tahu sama ada aku patut balik sana atau tak. aku tak tahu macam mana nak berdepan dengan ibu. aku rindukan ibu. adakah aku terlalu ego atau aku terlalu emosi, aku sendiri tak tahu..
mungkin aku tak boleh balik ke rumah buat sementara waktu. itu yang terbaik buat aku  dan ibu buat masa ni. bila tiba masa yang sesuai, baru aku balik rumah sana. hurm.. (atau aku sebenarnya ego sangat sampai nak tunggu ibu panggil aku pulang? kejamnya.. hehe~)

ok, stop sampai sini. sebab aku nak cari idea untuk perkara yang lebih bermanfaat untuk aku post dalam blog yang sangat comot dan punuh dengan sawang, sebab aku tak upah tukang bersihkan sawang  untuk blog ni. yang ada cuma, tukang baca, tukang sapu sampah, tukang mop lantai, tukang gelak, dan tukang comment. plus satu lagi, tukang nangis, iaitu, miss L***. huhuhu~

1 ulasan:

Raimi berkata...

sempat wat lawak lg...


_________________ ____
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget